Auto Car Insurance Quotes, cheap car insurance, automobile insurance, cheapest car insurance

Saya terlalu takut lepas tu menangis, saya Trauma dengan program motivasi anjuran APM

Seorang murid perempuan menunjukkan tanah perkuburan di mana mereka dibawa pada pukul 2 pagi pada hari motivasi itu.

Sementara bapa murid itu kesal dengan tindakan pihak APM kerana menyebabkan anaknya trauma selepas insiden mencampak ular ke dalam kolam dan di bawa ke kawasan tanah perkuburan semasa program motivasi bina diri itu.

"Saya rasa tak wajar lah meletakkan ular sebab anak saya balik dari kem tu dia jadi macam trauma sehingga kami terpaksa buat rawatan cara kampung.

"Jadi saya rasa tak wajarlah benda-benda tu semua, dia rasa terkilan sikitlah sebab terjadi macam ni. Sepatutnya mereka tak boleh buat macam ni, masukkan ke ular ke bawa ke kubur pukul dua pagi.

"Rasa terkilan sikit cara cara dia orang menguruskan program ni," kata bapa murid tersebut.

Sebelum ini viral video insiden anggota APM mencampakkan ular ke dalam kolam sewaktu kem bina diri yang disertai 45 murid sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar.


kredit dan sumber http://www.astroawani.com/berita-malaysia/selain-dicampak-ular-murid-dakwa-dibawa-apm-ke-tanah-perkuburan-119908
0 Komentar untuk "Saya terlalu takut lepas tu menangis, saya Trauma dengan program motivasi anjuran APM"

Tinggalkan Pandangan/Komen anda

Back To Top